Ahad, November 16, 2008

IBN AL-HAITHAM

Abu 'Ali al-Hasan ibn al-Haitham adalah antara cendekiawan Arab yang tersohor dan juga pakar terhebat dalam bidang optik. Kecemerlangan beliau banyak menyumbang dalam bidang optik, ilmu hisab, sains semulajadi, perubatan dan falsafah.

Ibn al-Haitham juga adalah ahli astronomi, matematik dan fizik di mana beliau juga menulis komentar bagi Aristotle dan Galen. Beliau turut dikenali sebagai Alhazen yang diambil sempena namanya 'al-Hasan' dalam bahasa Latin. Beliau dilahirkan pada 965 Masihi di Basrah, mendapat pendidikan di Basrah dan Baghdad.

Beliau telah melakukan satu kajian rapi tentang pergerakan cahaya melalui pelbagai bahantara dan juga telah menemui hukum pembiasan. Beliau turut melakukan kajian pertama tentang serakan kepada juzuk-juzuk warna.

Kitab al-Manadhir secara amnya adalah hasil kerja terpenting ibn al-Haitham. Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sebagai Opticae Thesaurus Alhazeni pada tahun 1270 Masihi. Terjemahan buku tentang optik memberi pengaruh yang besar ke atas bidang sains di dunia barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan