Sabtu, November 22, 2008

10 NAMA-NAMA ALLAH S.W.T, DI ANTARA 99 NAMA2 ALLAH S.W.T DAN AMALAN KEBAIKAN MENYEBUT NAMANYA, INSYAALLAH

AL-KHALIQ Pembuat - Ia menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya.

AL-BARI'
Penjadi - Ia menjadikan segala-galanya sempurna.

AL-MUSAWWIR

Pereka - Ia reka segala-galanya.
Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak, tetapi tiada berdaya, hendaklah ia berpuasa selama 7 hari, dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ, YA-BARI', YA-MUSSAWIR (pembuat, penjadi dan pereka) sebanyak 3 kali sebelum ia meminum air. InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan.

AL-GHAFFAR
Pengampun - Ia sangat pengampun.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang 3 kali, insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya.

AL-QAHHAR
Penakluk - Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya, dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain.

AL-WAHHAB
Penganugerah - Ia sentiasa menganugerahkan hamba-hambaNya.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali sebanyak 100 kali selama 3 atau 7 malam berturut-turut selepas 2 rakaat sewaktu sembahyang di tengah malam diawali dengan hajat, insyaALLAH hajatnya akan di kabuli.

AR-RAZZAQ Ia memberi segala-galanya kepada hambaNya.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali insyaALLAH hajatnya akan di murahkan rezekinya.

AR-FATTAH
Pembuka - Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali insyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya.

AL-'ALIM
Yang Maha Mengetahui, Ia mengetahui segala-galanya.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali insyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci.

AL-'QABID
Pengekang - Ia mengekang
Sesiapa menulis NamaNya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari,
insyaALLAH ia tidak akan kebuluran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan