Sabtu, November 22, 2008

10 NAMA-NAMA ALLAH S.W.T, DI ANTARA 99 NAMA2 ALLAH S.W.T DAN AMALAN KEBAIKAN MENYEBUT NAMANYA, INSYAALLAH

AL-BASIT
Pembesar - Ia berkuasa membesarkan.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukanya, insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain.

AR-RAFI'
Peninggi - Yang meninggikan
Sesiapa menyebut NamaNya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam, insyaALLAH akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya.

AL-MU'IZZ
Penghormat - Ia masyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun.
Sesiapa menyebut NamaNya 140 kali selepas sembahyang isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaALLAH akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain.

AL-MUZILL
Penguji - Ia akan menjatuhkan seseorang ke lembah kehinaan.
Sesiapa menyebut NamaNya 75 kali berulang-ulang, insyaALLAH akan terjatuh daripadanya orang-orang yang dengki kepadanya. ALLAH akan memeliharanya.

AS-SAMI' Maha Mendengar - Ia mendengar segala-galanya.
Sesiapa menyebut NamaNya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari Khamis selepas sembahyang Zohor (tengahari), insyaALLAH ALLAH akan mengkabulkan apa sahaja kehendaknya.

AL-BASIR
Yang maha melihat - Ia melihat segala-galanya.
Sesiapa menyebut NamaNya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat, insyaALLAH ALLAH akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai.

AL-HAKKAM
Ia mengadili serta memberikan sesuatu yang sepatutnya.

AL-'ADL
Pengadil - sesungguhnya adil.
Jika sesiapa menulis Namanya pada malam Jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan mengikut kehendaknya.

AL-LATIF
Pelemah lembut - Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia. Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya pada manusia.
Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan sebutla NamaNya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan), insyaALLAH niatnya akan dikabulkan.

AL-KHABIR
Maha Mengetaui - Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya.
Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan disukainya pula, sebutla NamaNya berulang-ulang insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan