Sabtu, November 22, 2008

10 NAMA-NAMA ALLAH S.W.T, DI ANTARA 99 NAMA2 ALLAH S.W.T DAN AMALAN KEBAIKAN MENYEBUT NAMANYA, INSYAALLAH

AR-RAHMAN
Yang Dermawan - Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluk-Nya tanpa perbezaan.
Sesiapa menyebut NamaNya 100 kali selepas sembahyang fardu insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fikiran tegas serba murah hati.

AR-RAHIM
Yang Pengampun - Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun di hari kemudian.
Sesiapa menyebut NamaNya 100 kali selepas fajar insyaALLAH akan menemui orang-orang yang baik hati.

AL-MALIK
Maharaja Teragung - Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang insyaALLAH akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain.

AL-QUDUS
Yang Suci - Ia bebas dari segala kesilapan, kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan.
Sesiapa menyebut NamaNya 100 kali setiap hari insyaALLAH akan bebas daripada kebimbangan.

AS-SALAM
Punca Keamanan - Dialah penyelamat hamba-hamba-Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga.
Sesiapa menyebut NamaNya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit, boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

AL-MU'MIN
Wali Kepercayaan - Barang siapa menempatkan kepercayaannya pada hamba-Nya, peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya, kemudian berikanlah ketenteraman.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali, insyaALLAH ianya akan jauh dari bahaya.

AL-MUHAYMIN
Penjaga - Ialah menjaga memerhatikan segala harta benda.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali, selepas mengambil air sembahyang, insyaALLAH cahaya perasaan mereka akan bersinar.

AL-AZIZ Maha Perkasa - Ialah yang tidak dapat ditaklukkan.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali, selepas mengambil air sembahyang, insyaALLAH cahaya perasaan mereka akan bersinar.

Al-JABBAR
Pemaksa - Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendakNya.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali, tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya, ataupun terdedah oleh bahaya, kesukaran mahu pun kekerasan.

AL-MUTAKABBIR
Yang Mulia - Ia menunjukkan kebesaranNya dalam segala benda-benda alam dalam apa daya sekalipun.
Sesiapa menyebut NamaNya berulang-ulang kali sebelum bersetubuh dengan isterinya, insyaALLAH Allah akan menganugerahkan ianya anak yang soleh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan