Isnin, November 17, 2008

ULUGH-BEG

Dalam abad ke 15 Masihi, Ulugh Beg seorang raja dan sarjana berjaya membuat reformasi dan menjadikan astronomi sebagai satu bidang penyelidikan jangkapanjang. Beliau mencerap pergerakan bintang di langit bukan bertujuan menilik nasib tetapi sebagai tanda koordinat bagi menghitung waktu dan musim.

Sehingga awal abda ke-20, katalog Ulugh Beg yang diterbitkan oleh Oxford pada tahun 1648 telah mencetuskan keinginan para cendekiawan untuk mencari balai cerap di Samarqand. Ianya hanya ditemui pada tahun 1908. Di bahagian dalam ruang balai cerap, ada sebuah kuadran selebar 40 meter yang pernah digunakan untuk mengenalpasti kedudukan matahari dan bintang yang melintasi ruang angkasa saban tahun. Kuadran ini terletak di bawah tanah; ruangan gelap ini mampu menerima cahaya daripada pelbagai objek termasuk bintang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan