Ahad, November 16, 2008

IBNU FIRNAS

Abbas Qasim ibn Firnas dilahirkan berdekatan Ronda, Andalusia. Pada asalnya beliau datang ke Cordoba untuk mengajar muzik, iaitu antara cabang terori matematik pada waktu itu. Namun beliau tidak menghadkan dirinya dalam satu-satu bidang pengajian sahaja; malah menunjukkan minat dalam bidang kejuruteraan penerbangan. Beliau telah mencipta sepasang sayap diperbuat daripada bulu dalam rangka kayu dan cuba untuk terbang. Maka, beliau menjadi orang pertama dalam sejarah yang membuat percubaan untuk terbang.

Di samping itu, beliau turut mempelajari ilmu kimia, fizik dan astronomi. Beliau juga menulis puisi dan dipercayai telah mencipta alat mengira waktu yang dipanggil al-Maqata. Abbas ibn Firnas adalah antara yang terawal memperkenalkan muzik Timur ke Andalusia dah juga mengajar ilmu muzik. Beliau juga telah mencipta teknik pembuatan gelas daripada pasir serta menghasilkan satu rantaian cecincin yang boleh digunakan untuk menunjukkan pergerakkan bintang dan planet. Beliau turut mencipta satu proses pemotongan batu kristal. Di rumahnya, beliau telah membina sebuah bilik di bawah tanah yang menempatkan peralatan canggih di mana orang ramai dapat menyaksikan bintang dan awan dan mengagumi kejadian guruh dan kilat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan