Memaparkan catatan dengan label ~ Untuk Para Wanita ~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~ Untuk Para Wanita ~. Papar semua catatan

Rabu, Disember 22, 2010

~ Wanita Perlu Menutup Aurat ~



Nabi Muhammad S.A.W. dalam hadis baginda yang maksudnya :

“Wahai Asma! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah cukup umur, tidak boleh dilihat seluruh anggota tubuhnya, kecuali ini dan ini, sambil Rasulullah menunjuk muka dan kedua tapak tangannya”.

Perintah Allah diatas adalah jelas dan tegas yang wajib hukumnya bagi kaum wanita sebagaimana dinyatakan Allah pada pembukaan surat An Nur yaitu : “Inilah satu surah yang Kami turunkan kepada rasul dan Kami wajibkan menjalankan hukum-hukum syariat yang tersebut didalamnya. Dan Kami turunkan pula didalamnya keterangan-keterangan yang jelas, semoga kamu dapat mengingatnya”.

Dari bunyi ayat diatas jelaslah wanita yang tidak memakai tudung telah melakukan dosa yang besar karena ingkar kepada hukum syariat Islam yang diwajibkan oleh Allah SWT.

“Aku berdiri dimuka pintu syurga, tiba-tiba yang masuk ke syurga hanya orang-orang miskin, sedangkan orang yang kaya-raya masih tertahan, hanya sebahagian mereka telah diperintahkan masuk neraka, dan aku berdiri di pintu neraka maka kebanyakan yang masuk neraka adalah kaum wanita.

Banyak kaum wanita yang masuk neraka, semata-mata keranana didalam hidupnya tidak memakai tudung kepala atau Jilbab, didalam neraka mereka akan mendapat seksaan yang amat berat sekali sebagai mana diceritakan Nabi Muhammad dalam hadis beliau yang bermaksud ;

“Wanita yang akan digantung dengan rambutnya, sampai mendidih otak dikepalanya didalam neraka, ialah wanita-wanita yang memperlihatkan rambutnya kepada laki-laki yang bukan muhrimnya”

Barang siapa yang mengingkari hukum-hukum syariat islam sesudah beriman, maka hapuslah pahala amalnya bahkan diakhirat dia termasuk orang-orang yang merugikan..." (surah Al Maidah ayat 5)

...marilah berfikir dan amalkan....semoga Allah memberi hidayahnya pada kita semua....insyaallah..

Salam sayang...It's Me!

Rabu, Julai 22, 2009

~ DOA ISTERI UNTUK MENYATUKAN HATI SUAMINYA DENGANNYA ~

Bismillahirahmanirahim.....

أللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَاأنْتَ أهْلَ لَهُ
وَكَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ سُلْطَانَكَ وَلِكَرِيمِ وِجْهِكَ
وَعِزِّ جَلاَلِكَ اِذْ يَسَّرْتَ لِي هَذَا الزَّوْجَ, أللَّهُمَّ
أجْعَلْهُ قُرَّةَ عَيْنٍ لِى وَعَوْناً عَلَى طَاعَتِكَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ سُكْناً وَعَلَيْهِ نَاصِيَةً مُبَاَرَكَةً
اللَّهُمَّ حَبِّبْنِي اِلَيْهِ وَحَبِّبْهُ اِلَيَّ
وارْزُقْنَا الذُّرِّيَّةَ الصَّاِلحَةَ لَّتِى بِصَلاَحِهَا صَلاَحَ
دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا
اللَّهًمَّ اجْعَلْ مَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مِثْلَ مَا بَيْنَ عَلِيًا
وَفَاطِمَةً
اللَّهُمَّ ألِّفْ بَيْنَ قَلْبِي وَقُلُوْبِ أهْلِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا ارْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَنْهُ عُيُوْبِي وَاسْتُرْ عَنِّي عُيُوْبَهُ
وأظْهَرْ لِي مَحَاسِنَهُ وارْضَنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ
لِي فِيْهِِ
اللَّهُمَّ سَخِّرْ لِي زَوْجِي,اللَّهُمَّ يَسِّرْ أُمُورِي مَعَهُ
وَصَرِّفْ عَنِّي شَرَّهُ
وَأقْنَعْنِي بِهِ وَأقْنَعْهُ بِي
أللَّهُمَّ اجْعَلْنِي بِعَيْنِهِ كَبِيْرَهُ وَفِي عَيْنِي صَغِيْرَهُ
أللَّهُمَّ أفْتَحْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي وَأَهْلِي وَأنْتَ خَيْرَ
الْفَاتِحِيْنَ
اللَّهُمَّ يَاجَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيْهِ ,اجْمَعْ بَيْنِي
وَبَيْنَ زَوْجِي عَلَى خَيْرٍ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ كَمَا يُحِبُّ وَاجْعَلْهُ لِي كَمَا
اُحِبُّ,وَاجْعَلْنَا لَكَ كَمَا تُحِبُّ
اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَلْبَ زَوْجِي مُعَلَّقٌ بِحُبِّكَ ثُمَّ حُبِّ نَبِيِّكَ
ثُمَّ حُبِّي
اللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ نِعْمَتِي وَيَامَلاَذِي فِي كُرْبَتِي
اجْعَلْ نَقْمَتَهُ عَلَىَّ بَرْداًً وَسَلاَماًً كَمَا جَعَلْتَ النَّارَ
بَرْداًً وَسَلاَماً عَلَى أِبْرَاهِيْمَ
أللَّهُمَّ أهْدِيْهِ اِلَى مَاتُحِبُّ وَتَرْضَي
أللَّهُمَّ أَيْقَنْتَ قَلْبِي بِكَ بِأَنِّي لاَ أُهْلِكَ وِانْتَ مَعِي
أللَّهُمَّ آمِينأ
للهُمَّ آمِينأ
للهُمَّ آمِين
Doa isteri

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya
Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku
Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,
Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

~ TIGA BELAS AURAT WANITA ~

1) BULU KENING Menurut Bukhari, Rasullullah S.A.W melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan * Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2) KAKI Memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan
* Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan:- Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3) WANGIAN Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang
* Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4) DADA Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
* Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5) GIGI Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.
* Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah

6) MUKA DAN LEHER
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan:- Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7) MUKA DAN TANGAN Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja
* Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8) TANGAN Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
* Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9) MATA Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
* Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Sabda Nabi Muhamad SAW;- Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10). MULUT (SUARA) Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
* Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32. Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11). KEMALUAN Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka
* Petikan dari Surah An Nur Ayat 31. Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar. Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12). PAKAIAN Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
* Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Sura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud:- Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
* Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan:- Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13). RAMBUT Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. * Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

~ Salam sayang Pink Shiba_Sakura, IIDA Smiles ~

Jumaat, Julai 10, 2009

~ Wanita, Tabiat Yang Membawa Ke NERAKA ~

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan memberi tazkirah seperti berikut:- "Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita. Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu ke dalam neraka:-
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.
" Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya:-
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.
Keterangan: Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:-

Contoh 1 Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf
Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami. Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki, maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" (Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut: "Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi , 'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:-
a. Sabda Rasulullah SAW:- "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW:- "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit.

Sedekah juga termasuk:-
1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi:- "Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."

Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu, maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang. " SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"

~ Salams sayang Pink Shiba Sakura, IIDA Smiles ~

Sabtu, Disember 13, 2008

BAHAYA TIDUR TANPA BERWUDHUK SEMASA HAID, NIFAS & SELEPAS JUNUB

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama.
"Sahabat Nabi SAW bertanya adakah boleh tidur selepas berjunub?"
Nabi SAW jawab boleh tetapi bangun dulu ambil wudhuk baru boleh tidur. Sebaiknya dalam keadaan junub, haid dan nifas kalau nak tidur amik wudhuk dulu. Sebabnya kalau tak wudhuk bahaya menanti. Syaitan boleh masuk kacau kita, masuk melalui kemaluan dan rongga yang terbuka, boleh mengganggu janin, rahim yang sebabkan tak dapat anak atau janin rosak.
Selain itu jin/syaitan akan masuk ke badan membawa penyakit yang susah diubati seperti kanser. Seperti ustaz maklumkan sebelum ini kanser ini penyakit yang dibawa oleh jin dan syaitan.
Perkara ini ada dalam fatwa ijmak ulamak walaupun para doktor payah nak akui.
(Minta dijauhkan- Nauzibillah)
Sampaikan pesanan kepada kawan2 kita. Semoga ilmu yang sedikit ini akan menjadikan kita lebih baik daripada hari sebelum.