Sekadar renungan….
Di riwayatkan begini, semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.
Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya. Sebagaimana yang kita tahu Nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka Nabi Allah Isa pun memohon doa kepada ALLAH S.W.T sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut. Doanya dimakbulkan oleh Allah S.W.T maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit menjerit meminta tolong.
Melihat akan keadaan lelaki tersebut maka ditanya oleh Nabi Isa kepada lelaki itu:-
Apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini?.
Lelaki itu menjawab, " bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang", di tanya lagi oleh Nabi Isa
Adakah kamu tidak berpuasa?
Lelaki itu menjawab...saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah....maka ditanya oleh Nabi Isa
Apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa?
Maka berceritalah lelaki itu... Saya berkerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya. Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya untuk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya. Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu diikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu. Di pertengahan jalan saya merasa lapar dan terus lah saya berhenti untuk makan, selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya maka dicuba berbagai cara mengeluarkan nya dgn lidah tetapi tak berjaya..... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu untuk dibuat mencungkil gigi. Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya itu maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah SWT tidak melihat akan perkara yang sekecil ini....astaghfirull ah alazim...
Elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini....Adakah kita pernah mengambil barang barang daripada opis sama ada daripada sekecil-kecilnya seperti paper klip, pemadam dan sebagainya dan dibawa ke rumah untuk di gunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak anak kita ???Dan juga barang barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya?
Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah S.W.T, kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu ada lah benar... Dan syurga itu adalah benar....
Wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan