Khamis, Julai 23, 2009

~ Gambaran MANUSIA yang BERDOSA di PADANG MASYAR ~

  1. BERWAJAH KERA Suka menabur fitnah sesama manusia
  2. BERWAJAH KHINZIR (babi) Suka memberi & menerima rasuah
  3. BUTA KEDUA BELAH MATA Hakim yang zalim ketika menjatuhi hukuman
  4. PEKAK DAN BISU Suka menunjuk-nunjuk amal ibadat & kebajikan yang dilakukan kepada orang lain.
  5. TUBUH YANG MENGALIR NANAH & DARAH YANG AMAT BUSUK SERTA MENIKAM LIDAHNYA BERULANG KALI Golongan yang berilmu & mengajar orang lain tetapi perbuatannya sendiri tidak sama dengan apa yang dikatakannya.
  6. BADANNYA LUKA SEPERTI DIHIRIS Menjadi saksi tetapi berbohong terhadap kebenaran
  7. BERJALAN TERHOYONG - HAYANG SEPERTI CACAT Orang yang kedekut membelanjakan sedikit hartanya untuk kebajikan
  8. BERJALAN SEPERTI MABUK Orang yang suka bercerita hal-hal dunia didalam masjid
  9. RUPA BADANNYA SEPERTI KHINZIR Suka makan riba - orang yang digelar along @ ceti
  10. TIDAK BERTANGAN & TIDAK BERKAKI Suka menyakiti @ menyusahkan jiran sekeliling
  11. WAJAH & BADANNYA SEAKAN KHINZIR Suka mempermudahkan solat & lalai dalam solatnya hingga sering terlupa rukun
  12. PERUTNYA DIPENUHI ULAR & KALAJENGKING YANG SERING MENYENGAT-NYENGAT Tidak mahu mengeluarkan zakat terhadap dirinya, pendapatannya, terhadap perniagaan & lain-lain zakat
  13. BADANNYA SANGAT BUSUK SEPERTI BAU BANGKAI Melakukan maksiat secara sembunyi-sembunyi
  14. TIDAK BERLIDAH & DARAH YANG BUSUK MENGALIR DARI MULUT Malas dan jarang mengucap dua kalimah syahadah
  15. BERJALAN KAKI KEATAS & KEPALA KEBAWAH, DARAH DAN NANAH SENTIASA MENGALIR DARI KEMALUAN Suka melakukan zina
  16. MUKA HITAM & PERUTNYA DIPENUHI API Suka makan harta anak yatim
  17. KULIT DIPENUHI SOPAK & KUDIS Orang yang menderhaka kepada kedua orang tuanya.
  18. GIGINYA SEPERTI TANDUK LEMBU LIDAH TERJELIR HINGGA KEPERUT, NAJIS & AIR KENCINGNYA SENTIASA MENGALIR KELUAR DARI KEMALUAN Orang yang suka minum arak @ segala jenis benda yang menghayalkan seperti dadah dan lain-lain.

~ Wallahualam Bissawab ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan