Ahad, Disember 28, 2008

DOA AWAL TAHUN BULAN ISLAM

Ertinya: Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim (sediakala) dan yang awal. Dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang sejati, tahun yang baru ini tiba kepada kami, maka kami pohonkan kepada-Mu agar kami terpelihara daripada syaitan yang direjam, para penolong-penolongnya dan tentera-tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi nafsu yang sentiasa menyuruh ke arah kejahatan dan pertolongan untuk bergiat dengan amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang Empunya Kebesaran dan Kemuliaan, wahai Tuhan yang Maha Mengasihani Moga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w Nabi yang ummi, ahli keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Nota: Doa tahun baru ini seeloknyanya dibaca sesudah solat Maghrib. Dan waktu akhir untuk membacanya ialah sebelum solat subuh pada permulaan hari tahun baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan