Sabtu, November 22, 2008

PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA

Hendaklah diketahui bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka bagi sesiapa yg betul2 ingin kembali ke jalan yg benar selagi hayat msih dikandung badan. Nabi s.a.w bersabda:

(Riwayat Tirmizi)
"Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambanya selama nyawanya belum sampai di kerongkong."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Allah lebih suka menerima taubat seorang hambanya melebihi daripada kegembiraan seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba untanya yang hilang di tengah hutan."

(Riwayat Tirmizi)
"Sesungguhnya Allah membentangkan tangan rahmatNya pada waktu malam supaya bertaubat orang yg telah berdoa pd siang hari. Juga menghulurkan tangan kemurahan-Nya pada waktu siang, supaya bertaubat orang yang berdoa pada malam hari. Keaadaan itu terus menerus menjelang matahari terbit dari barat."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Andainya seorang anak Adam mempunyai satu lembah daripada emas pasti dia ingin dua lembah, tiada yg dapat menutup mulutnya kecuali tanah (kematian). Dan Allah menerima taubat sesiapa sahaja yg berbuat taubat."

Terbukanya pintu taubat sebagaimana diterangkan oleh Rasullullah s.a.w di atas, sesuai dengan firman Allah dalam al-Quran yg menyatakan bahawa Allah itu penerima taubat.

(Surah an-Nisa':64)
"Sekiranya mereka setelah menganiayai diri mereka datang kepadamu (Muhammad), lalu mereka meminta ampun bagi mereka, nescaya mereka dapati Allah penerima taubat dan penyayang."

Allah penerima taubat dikemukakan pula dalam surah-surah:
1. Al-Baqarah: 37, 54, 128, 160, 222
2. At-Taubah: 100, 119
3. An-Nisa': 15
4. An-Nur:10
5. Az-Zariyat:12
6. An-Nash: 3

(Disalin semula oleh saya dari buku bertajuk ASAS-ASAS FARDU AIN) tulisan ALLAHYARHAM USTAZ SULAIMAN ENDUT....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan