Rabu, November 19, 2008

Murtad??

Gejala murtad berada pada tahap yang membimbangkanDilulus terbit pada Wednesday, July 30 @ 08:02:48 MYT oleh reformis Oleh MAHARAJA"

Gejala murtad tinggi 28 July 2008 — cikwiduri
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRANHarian Metro

KUALA LUMPUR: Gejala murtad di kalangan orang Melayu kini di tahap membimbangkan. Itu pendedahan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim),
Datuk Mohd Nakhaie Ahmad, berdasarkan satu kajian Yadim berhubung isu murtad tahun lalu.
Menurut Mohd Nakhaie, meskipun kajian itu mendapati gejala murtad di kalangan saudara baru mencatat jumlah tertinggi, tetapi jumlah orang Melayu yang murtad juga membimbangkan.

“Walaupun kebanyakan orang yang murtad ini daripada saudara baru.. masuk agama Islam dan kemudian kembali ke agama asal, ada juga orang Melayu yang mula (memilih untuk murtad).
“Saya tak kata sedikit (jumlahnya), tetapi ia membimbangkan,” katanya yang tidak menyatakan jumlah orang Melayu yang murtad,” katanya.

Mohd Nakhaie berkata demikian selepas merasmikan Seminar Peperangan dan Kesengsaraan Umat Islam Iraq anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), di sini, semalam. Turut hadir, Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman.
Seminar itu turut mengundang wakil Nahrain Relief Foundation For Development Iraq, Dr Alla Makki untuk memberi gambaran sebenar keadaan di Iraq.

Dalam nada kesal, Mohd Nakhaie berkata, satu ketika dulu sukar melihat orang Melayu murtad kerana mereka masih sayang pada agama, tetapi hari ini situasinya berbeza.
“Dulu susah untuk lihat orang kita murtad. Walaupun orang (Islam) itu samseng, tapi kalau kita kata dia bukan Islam, dia (sampai ke tahap sanggup) tumbuk… dia marah walaupun dia samseng.

“Sekarang ini ada di kalangan terpelajar, penuntut universiti murtad (dan mereka) daripada kalangan orang Melayu,” katanya.

Pada Julai 2006, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, membuat kejutan apabila mendakwa 100,000 umat Islam di negara ini murtad.
Harussani dipetik sebagai berkata, jumlah terbabit diperoleh menerusi kajian sekumpulan Melayu profesional dan intelektual.


Posted in
News Desk, Work. Tags: Harussani Zakaria, Ikatan Muslimin Malaysia, Mohd Nakhaie Ahmad, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan